Kami percaya dalam truth berbanding trend. Dengan adanya data, pengalaman dan fleksibiliti dalam keupayaan branding, kami memastikan jenama boleh membawa kejayaan untuk bisnes anda.
Tidak seperti kebanyakan jenama maya, kami tidak menguatkuasakan mandat operasi. Sebaliknya, kami menyediakan menu, waktu operasi dan butiran lain agar sepadan dengan keperluan anda.
Melalui data aplikasi penghantaran, kami dapat mencipta jenama yang paling gempak. Setiap jenama akan diuji, dikemas kini dan dipasarkan dengan teliti untuk memastikan prestasi terbaik. Jualan laris merupakan bukti kami memahami budaya makanan dan keperluan bisnes restoran zaman ini.
Sebaik sahaja salah satu jenama dipajak, perniagaan anda menjadi pemilik tunggal jenama tersebut dalam pasaran. Anda tidak perlu bersaing dengan restoran lain dalam lingkungan kawasan bisnes anda.
Anda tidak perlu membayar kami secara langsung. Kami hanya mengutip sebahagian daripada pendapatan jualan seperti yang ditakrifkan dalam kontrak pajakan anda. Selebihnya semua milik anda.
Peroleh lebih banyak pendapatan dengan dapur, kakitangan dan bahan yang sedia ada. Tiada yuran permulaan atau kontrak rumit dan anda boleh ubahkan modal pada bila-bila masa.
Serahan borang ini mengakui bahawa anda tertakluk kepada terma penggunaan.
Terima kasih! Wakil kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
Sementara itu, menemui jenama tersedia dan bacakan blog kami untuk maklumat selanjutnya.